Jumaat, 21 Julai 2017 | 4:52pm
KEADAAN bot yang bocor dan tenggelam di perairan Pulau Kapas. - Foto Ihsan Pembaca

8 cemas bot candat sotong tenggelam

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan lapan orang termasuk dua kru bot melalui detik mencemaskan selepas bot yang mereka naiki ketika mencandat di perairan Pulau Kapas di sini, bocor sebelum tenggelam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam semalam, kumpulan berkenaan keluar mencandat sotong kira-kira jam 6 petang sebelum tiba di lokasi mencandat kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Kapas sejam kemudian.

Bagaimanapun, keterujaan mereka mencandat sotong bertukar detik cemas apabila bot berkenaan bocor sebelum kejadian disedari pemilik bot berusia 50 tahun.

Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali, berkata pemilik bot berkenaan kemudian sempat memberi isyarat kepada sebuah bot yang berada berhampiran tempat kejadian menggunakan lampu suluh untuk meminta pertolongan.

"Bot nelayan terbabit kemudian menghampiri bot itu sebelum mengarahkan semua mangsa naik ke botnya.

"Semua mangsa sempat diselamatkan sebelum dibawa ke Pulau Kapas, manakala bot yang bocor itu kemudian tenggelam dengan kerugian dianggarkan bernilai RM60,000," katanya.

Berita Harian X