Jumaat, 28 Julai 2017 | 12:16pm

2 pelajar maut motosikal bertembung

TAIPING: Dua pelajar maut selepas motosikal ditunggang bertembung berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Perak di sini, jam 9.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata Mohd Saharudin Sahrol Azman, 14, dan Abd Rasyid Rosidi, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Katanya, kemalangan membabitkan dua motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa.

"Siasatan awal mendapati Abd Rasyid menunggang dari arah Anak Kurau menuju arah Batu Kurau, Taiping manakala Mohd Saharudin pula dari arah bertentangan.

"Kedua-dua motosikal itu bertembung dan penunggangnya parah di beberapa bahagian badan dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harrith berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat kedua-dua remaja terbabit dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Berita Harian X