X
Isnin, 14 Ogos 2017 | 11:19pm
Anggota PPM dan JHS memeriksa balak yang ditemui berdekatan kubur di Sarikei hari ini. - Foto ihsan Polis Marin
Anggota PPM dan JHS memeriksa balak yang ditemui berdekatan kubur di Sarikei hari ini. - Foto ihsan Polis Marin

Balak haram tepi kubur

SARIKEI: Pembalak haram cuba mengaburi pihak berkuasa dengan melonggokkan sejumlah balak pelbagai jenis dan saiz berdekatan tanah perkuburan Kristian di Jalan Petai, di sini.

Bagaimanapun, perbuatan itu dikesan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei, yang menjalankan rondaan bersama penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, berkata balak itu ditemui dalam rondaan yang dijalankan pada jam 11.45 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap 51 batang balak itu mendapati, semuanya tidak mempunyai cop rasmi JHS.

Anggota PPM dan JHS memeriksa balak yang ditemui berdekatan kubur di Sarikei hari ini. - Foto ihsan Polis Marin
Anggota PPM dan JHS memeriksa balak yang ditemui berdekatan kubur di Sarikei hari ini. - Foto ihsan Polis Marin

"Berikutan ketiadaan cop yang diwajibkan untuk pengeluaran balak itu, ia dipercayai ditebang secara haram.

"Semua balak berkenaan dianggarkan bernilai RM11,700. Laporan polis dibuat sebelum kes diserahkan kepada JHS untuk tindakan lanjut mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015," katanya.

Berita Harian X