Sabtu, 19 Ogos 2017 | 9:57pm
KETUA Polis Kedah Datuk Asri Yusoff menunjukkan gambar dua lelaki yang dikehendaki untuk membantu siasatan kes seorang pegawai polis berpangkat Sub Inspektor yang maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra, semalam, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini. - Foto BERNAMA

Kes tembak: dua ditahan bantu siasatan

ALOR SETAR: Polis petang tadi menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, di Bukit Kayu Hitam.

Dua lelaki itu masing-masing ditahan jam 4 petang dan 6 petang tadi di Balai Polis Jitra ketika datang untuk menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, mengesahkan penahanan terbabit dan permohonan reman akan dibuat esok.

Petang tadi, polis mengedarkan dua gambar iaitu Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tembak mati pegawai polis terbabit Taman Seri Hosba, Changlun, malam tadi.

Berita Harian X