X
Isnin, 28 Ogos 2017 | 4:00pm
Keadaan lori simen yang terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kampung Mohsen, Jalan Sinn On Tawau. - Foto ihsan Bomba Tawau
Keadaan lori simen yang terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kampung Mohsen, Jalan Sinn On Tawau. - Foto ihsan Bomba Tawau

Pemandu lori simen maut jatuh gaung

TAWAU: Seorang pemandu lori pembancuh simen maut, selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Kampung Mohsen, Jalan Sinn On dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit, selain kecederaan parah di badan dan kepala.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.21 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, sebuah lori pembancuh simen didapati terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.

Keadaan lori simen yang terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kampung Mohsen, Jalan Sinn On Tawau. - Foto ihsan Bomba Tawau
Keadaan lori simen yang terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kampung Mohsen, Jalan Sinn On Tawau. - Foto ihsan Bomba Tawau

"Anggota bomba turun untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, identiti mangsa bagaimanapun belum dapat dikenal pasti dan operasi ditamatkan kira-kira jam 10.26 pagi.

Gambar: Keadaan lori simen yang terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kampung Mohsen, Jalan Sinn On Tawau. Gambar ihsan Bomba Tawau

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X