Khamis, 28 September 2017 | 1:04pm
WAKIL media dan keluarga mangsa diarahkan keluar dari Mahkamah Majistret Jenayah 7 dari mendengar pertuduhan kes enam daripada tujuh suspek yang akan didakwa mengakibatkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Waris mangsa, wakil tahfiz hadir pertuduhan kes bakar tahfiz

KUALA LUMPUR: Beberapa waris keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, dua minggu lalu tiba di bangunan mahkamah di sini hari ini.

Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Mohd Shahir, 11, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat melecur di belakang badan, hadir di mahkamah kira-kira jam 9.50 pagi ditemani isterinya.

Sementara Mas Aliza Ali Bapoo, 22, sepupu kepada tiga beradik, Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, tiba ditemani dua lagi ahli keluarganya kira-kira pada jam 10.10 pagi.

WAKIL media dan keluarga mangsa diarahkan keluar dari Mahkamah Majistret Jenayah 7 dari mendengar pertuduhan kes enam daripada tujuh suspek yang akan didakwa mengakibatkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
WAKIL media dan keluarga mangsa diarahkan keluar dari Mahkamah Majistret Jenayah 7 dari mendengar pertuduhan kes enam daripada tujuh suspek yang akan didakwa mengakibatkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Mereka hadir bagi mengikuti pertuduhan membabitkan enam remaja yang telah ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Mereka bagaimanapun enggan ditemuramah oleh pemberita.

Selain itu, dua orang wakil daripada Darul Quran Ittifaqiyah turut hadir ke mahkamah.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi 14 September lalu, 21 pelajar serta dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Berita Harian X