Sabtu, 7 Oktober 2017 | 2:22pm
Sebahagian pengguna jalan raya yang diperiksa dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 17, Lebuhraya Grand Saga. - Foto ihsan PDRM
Sebahagian pengguna jalan raya yang diperiksa dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 17, Lebuhraya Grand Saga. - Foto ihsan PDRM

Ops Samseng jalanan keluar 135 saman

 

KAJANG: Sebanyak 135 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 17 Lebuhraya Grand Saga, di sini, yang berakhir awal pagi ini.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, berkata operasi bermula jam 11 malam sehingga 5 pagi tadi memeriksa 146 kenderaan dan 159 individu.

Katanya, gerakan bagi bagi membanteras kegiatan lumba haram di sekitar daerah ini disertai lapan pegawai dan 62 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebahagian pengguna jalan raya yang diperiksa dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 17, Lebuhraya Grand Saga. - Foto ihsan PDRM
Sebahagian pengguna jalan raya yang diperiksa dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 17, Lebuhraya Grand Saga. - Foto ihsan PDRM

"Daripada 146 kenderaan yang diperiksa, 139 adalah motosikal. Beberapa kesalahan trafik dikesan antaranya menunggang tanpa lesen, lesen tamat tempoh, tiada cukai jalan dan nombor pendaftaran serta ubah suai motosikal.

 

"JPJ pula mengeluarkan 20 notis pemeriksaan semula kenderaan yang perlu dilakukan di JPJ Cawangan Bandar Baru Bangi," katanya dalam satu kenyataan.

 

Dzaffir berkata, operasi itu juga berjaya mengesan seorang lelaki dikehendaki yang ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Berita Harian X