Rabu, 15 November 2017 | 7:05pm
KERETA yang berlangar dengan treler membawa muatan buah kelapa sawit di Persimpangan Felda Adila, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Dan Penyelamat Johor

TRELER membawa muatan buah kelapa sawit terbakar selepas berlanggar dengan kereta di Persimpangan Felda Adila, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Dan Penyelamat Johor

BUAH kelapa sawit yang bertaburan selepas treler membawa muatan buah kelapa sawit berlanggar dengan kereta di Persimpangan Felda Adila, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Dan Penyelamat Johor

ANGGOTA bomba dan Penyelamat berada di lokasi kemalangan untuk mengeluarkan mangsa kemalangan antara treler membawa muatan buah kelapa sawit dengan kereta di Persimpangan Felda Adila, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Dan Penyelamat Johor

Seorang maut, kemalangan 3 kenderaan

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan, termasuk sebuah treler di Persimpangan Felda Adela, dekat sini, petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Abd Rahim Abd Rani, berkata mangsa, Ahmad Tajuddin Md Ali, 39, yang memandu PROTON Saga meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, dalam kejadian itu, pemandu Toyota Hilux berusia 40 tahun cedera ringan di tangan dan kaki, manakala pemandu treler yang membawa muatan sawit tidak cedera.

"Dua jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 3.12 petang.

"Sebaik tiba dilokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan PROTON Saga, Toyota Hilux dan sebuah treler.

"Pemandu PROTON Saga disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Bandar Penawar yang tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, dalam kejadian itu, pemandu PROTON Saga yang berasal dari Kajang, Selangor, dikatakan cuba untuk memotong pacuan empat roda terbabit, tetapi tidak berjaya lalu bertembung dengan treler yang membawa muatan sawit.

Berita Harian X