Rabu, 15 November 2017 | 10:38pm
Anggota PPM menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah kilang papan di Sungai Temala, Miri petang tadi. - Foto ihsan PPM Wilayah 5
Anggota PPM menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah kilang papan di Sungai Temala, Miri petang tadi. - Foto ihsan PPM Wilayah 5
Kayu bergergaji yang tidak mempunyai dokumen JHS dirampas. - Foto ihsan PPM Wilayah 5
Kayu bergergaji yang tidak mempunyai dokumen JHS dirampas. - Foto ihsan PPM Wilayah 5

PPM rampas kayu bergergaji elak cukai

MIRI: Sejumlah 4,089 keping kayu bergergaji pelbagai saiz dirampas dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah kilang papan di Sungai Temala, di sini, petang tadi.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai pekerja kilang berkenaan turut ditahan dalam serbuan bersama yang dilancarkan oleh Pasukan Polid Marin (PPM) Wilayah 5 dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) itu.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, berkata rampasan itu dilakukan selepas pemeriksaan mendapati kayu bergergaji itu tidak mempunyai dokumen yang sah daripada JHS.

Beliau berkata, berikutan ketiadaan dokumen itu, pemilik kayu bergergaji itu disyaki cuba mengelak cukai.

"Rampasan dibuat mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 dan kes itu diserahkan kepada JHS Miri untuk tindakan lanjut," katanya.

Salehuddin berkata, operasi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membabitkan seorang pegawai dan empat anggota PPM Wilayah 5 serta tujuh pegawai JHS.

"Pasukan yang terbabit dalam operasi itu menempuh perjalanan selama lima jam menaiki pacuan empat roda dari Miri ke lokasi serbuan," katanya.

Berita Harian X