Sabtu, 6 Januari 2018 | 10:32am
ANGGOTA PPM Wilayah 5 dan pegawai SFC menyerbu sebuah kilang haram di Debak, Betong, semalam.

PPM, SFC rampas balak haram di Debak

BETONG: Operasi bersama bagi membanteras kegiatan pembalakan haram yang dilancarkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sekali lagi berhasil apabila sejumlah balak dirampas dalam serbuan di Debak, di sini semalam.

Serbuan oleh sepasukan empat anggota Unit Rondaan Marin (URM) Sarikei bersama empat pegawai SFC itu menyasarkan sebuah kilang papan lapis pada jam 5.10 petang.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, berkata pemeriksaan mendapati kilang berkenaan menjalankan kegiatan memproses papan lapis tanpa cukai dan dokumen sah.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap longgokan kayu balak yang akan diproses untuk dijadikan papan lapis di kilang itu juga mendapati semua balak berkenaan tidak memiliki cop Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

"Justeru, kayu balak pelbagai jenis dan saiz berkenaan disyaki diperoleh secara haram dan pasukan serbuan menyita semua 614 batang kayu berkenaan serta tiga mesin memproses papan lapis.

"Seorang lelaki berusia 60 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut oleh JHS mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015," katanya dalam kenyataan hari ini.

Salehuddin berkata, nilai keseluruhan balak dan mesin yang dirampas itu dianggarkan RM506,250 dengan balak sahaja bernilai RM56,250, manakala tiga mesin itu pula bernilai RM 450,000.

Katanya, PPM Wilayah 5 akan terus melaksanakan operasi bersama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi lain bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri ini.

Berita Harian X