Isnin, 15 Januari 2018 | 9:46pm
KETUA Polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
KETUA Polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Budak jatuh tingkat 7 pangsapuri meninggal dunia

SHAH ALAM: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Setia Alam, di sini pagi tadi, meninggal dunia petang ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya menerima laporan kanak-kanak itu yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), meninggal dunia pada jam 5.18 petang.

"Bedah siasat akan dijalankan esok ," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

BH Online sebelum ini melaporkan, ketika kejadian dipercayai hanya mangsa tinggal berdua bersama adik lelakinya di rumah keluarga mereka di pangsapuri berkenaan.

Bapa mereka berusia lingkungan 40-an ketika itu keluar menghantar tiga lagi abang mangsa ke sekolah berdekatan.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu selepas pulang ke rumah apabila mendapati anaknya tiada sebelum memeriksa dan menemui anaknya terbaring di bawah pangsapuri dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X