Khamis, 18 Januari 2018 | 10:59am
Antara pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Damansara Perdana. - Foto Salhani Ibrahim

Ops Noda: 16 individu ditahan

PETALING JAYA: Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 16 individu dalam serbuan Ops Noda, di Damansara Perdana, di sini, malam tadi

Operasi diketuai Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman. 

Serbuan dijalankan secara serentak di dua premis hiburan dan premis pusat urut, bermula jam 10.40 malam

Daripada 16 yang ditahan, 11 adalah wanita warga asing iaitu lima dari Indonesia dan empat dari Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) serta dua tukang urut dari China.

Ops Noda yang dijalankan polis dari IPD Kajang di sebuah pusat hiburan di Dataran C180, malam tadi. - Foto NSTP

Lima lagi tangkapan membabitkan lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.

Turut dirampas, wang tunai sebanyak RM1,357 dan beberapa peralatan hiburan seperti pembesar suara, set permainan snooker dan jadual kerja.

Semua yang ditahan dibawa ke balai polis Mutiara Damansara untuk tindakan lanjut engikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Berita Harian X