Sabtu, 20 Januari 2018 | 10:07pm
ANTARA balak haram yang ditemui PPM Wilayah 5 dan SFC di Sungai Maloi, Temala di Baram, semalam.

Pembalak haram tebang spesies pokok dilindungi

MIRI: Spesies balak terlindung antara yang ditemui ditebang secara haram dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Baram, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi di kawasan pengumpulan balak di Sungai Maloi, Temala itu, sebanyak 133 batang balak pelbagai saiz dan jenis termasuk tiga spesies dilindungi iaitu tapang, menggris dan engkabang ditemui.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, pemeriksaan terhadap semua balak berkenaan tidak menemui sebarang tanda rasmi Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

"Ketiadaan cop rasmi JHS itu menunjukkan balak berkenaan diperolehi dengan cara tidak sah.

"Kesemua balak itu dirampas untuk diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 80 Ordinan Hutan 2015," katanya.

Katanya, ketika serbuan tiada jentera ataupun suspek dikesan di lokasi berkenaan dan semua balak yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM20,000.

Berita Harian X