Jumaat, 26 Januari 2018 | 8:28pm
ANGGOTA bomba memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa yang terjatuh ke dalam anak sungai berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Mampan di Rembau, hari ini. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa yang terjatuh ke dalam anak sungai berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Mampan di Rembau, hari ini. - Foto ihsan bomba

Kanak-kanak 3 tahun lemas terjatuh dalam sungai

REMBAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lemas selepas terjatuh ke dalam anak sungai berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Mampan di sini, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.51 petang dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera dan lapan anggota.

Katanya, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai sedalam 0.2 meter itu sebelum dihanyutkan arus deras berikutan hujan yang baru berhenti.

"Kejadian itu disedari jiran keluarga mangsa yang segera memberitahu bapanya yang kemudian berusaha mencari anaknya.

"Sebaik bomba tiba, kita dapati bapa mangsa sudah menemui anaknya kira-kira jam 5.27 petang, enam meter dari lokasi dia terjatuh," katanya di sini, hari ini.

Mohd Fuad berkata, bomba kemudian memberikan bantuan pernafasan dan mangsa dihantar ke Hospital Tampin menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Berita Harian X