Selasa, 30 Januari 2018 | 9:00pm
ANGGOTA PPM Wilayah 5 dan SFC menunjukkan balak haram yang ditemui di Tanah Putih, Bintangor, hari ini. - Foto ihsan PPM Wilayah 5

PPM, SFC temui lagi balak haram

BINTANGOR: Operasi berterusan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) sekali lagi berjaya membongkar aktiviti pembalakan haram.

Serbuan di kawasan pengumpulan balak di Tanah Putih, di sini, pada jam 9.50 pagi tadi menemui 257 balak pelbagai jenis dan saiz serta 26 kayu bergergaji.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, berkata pemeriksaan lanjut mendapati semua balak dan kayu bergergaji itu tidak memiliki cop rasmi Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

"Ketiadaan cop rasmi JHS itu menunjukkan semua balak dan kayu bergergaji itu disyaki ditebang secara haram.

"Laporan dibuat di Balai Polis Sarikei dan kes itu diserahkan kepada JHS daerah Sarikei untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes itu adalah yang ketiga dikesan dalam kawasan Sarikei oleh PPM Wilayah 5 bersama penguatkuasa SFC minggu ini.

"Balak dan kayu bergergaji yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM82,500," katanya.

Berita Harian X