Ahad, 11 Februari 2018 | 1:39pm
KOPERAL Wan Merican Wan Mohamad maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Anggota Cawangan Khas maut nahas

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya maut apabila motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi konkrit di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Kuching menghala ke Selayang, jam 8.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, Koperal Wan Merican Wan Mohamad, 51, yang menunggang motosikal bersendirian maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian terbabas lalu melanggar pembahagi konkrit di tengah jalan.

"Mangsa cedera parah di badan dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zulkefly berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

91 dibaca
Berita Harian X