Isnin, 12 Februari 2018 | 8:17pm
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Murid SK Pekan Kota Marudu keracunan makanan

KOTA MARUDU: Seramai 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Marudu, di sini, mengalami keracunan selepas dipercayai memakan makanan yang dibeli dari kantin sekolah, pagi tadi.

Semua murid terbabit dihantar ke Hospital Kota Marudu selepas menunjukkan simptom sakit perut, muntah, loya dan pening kepala.

Insiden itu disahkan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, murid terbabit diberikan rawatan pesakit luar dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca keracunan.

"Notis Perintah Tutup Premis mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 juga sudah dikeluarkan kepada pengusaha kantin sekolah terbabit," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X