Isnin, 26 Februari 2018 | 2:48pm
KETUA Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari (tengah) menunjukkan air ketum yang dirampas pada sidang media di IPD Batu Gajah, di Batu Gajah, hari ini. - Foto Farah Suhaidah Othman
KETUA Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari (tengah) menunjukkan air ketum yang dirampas pada sidang media di IPD Batu Gajah, di Batu Gajah, hari ini. - Foto Farah Suhaidah Othman

Tiga pelajar 'lalok' ketum

BATU GAJAH: Tiga pelajar antara 14 lelaki yang ditahan, di sekitar bandar ini, Rabu lalu, ketika sedang asyik meminum air ketum.

Tiga pelajar sekolah berusia antara 16 tahun dan 17 tahun itu ditahan ketika serbuan di Kampung Air Mati. Empat lelaki Turut ditahan bersama mereka dalam serbuan itu.

Tujuh lagi lelaku berusia 17 tahun hingga 33 tahun ditahan Dalam di sebuah rumah di Kampung Bakap Baru,

Polis turut merampas 14 botol dan sembilan plastik mengandungi air ketum dalam dua serbuan, yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

Setiap botol dipercayai dijual dengan harga RM15 dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih daripada RM300.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari, berkata hasil semakan mendapati dua daripada 14 suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan memiliki air ketum.

"Kita percaya kedua-dua rumah berkenaan dijadikan tempat persinggahan sejak dua bulan lalu. Ketika serbuan dijalankan, masing-masing sedang meminum air ketum.

"Hasil ujian air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek negatif dadah," katanya pada sidang media di IPD Batu Gajah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (3) Akta Racun 1952.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X