Rabu, 7 March 2018 | 1:11pm

Ahli kariah samak Masjid Sungai Plong

ANGGOTA bomba membantu kariah masjid membersihkan masjid Masjid Jamek Sungai Plong. - Foto Saddam Yusoff
ANGGOTA bomba membantu kariah masjid membersihkan masjid Masjid Jamek Sungai Plong. - Foto Saddam Yusoff

SUNGAI BULOH: Seramai 50 ahli kariah Masjid Sungai Plong yang diceroboh babi hutan malam tadi, bergotong-royong melakukan pembersihan dan proses sertu atau samak di bahagian masjid yang terjejas.

Nazir Masjid, Hussin Rani, berkata ahli kariah turut dibantu anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Mufti Selangor.

PENDUDUK bersama Anggota Bomba dan Penyelamat bergotong-royong menyamak dan membersih dewan solat Masjid Jamek Sungai Plong. - Foto Saddam Yusoff
PENDUDUK bersama Anggota Bomba dan Penyelamat bergotong-royong menyamak dan membersih dewan solat Masjid Jamek Sungai Plong. - Foto Saddam Yusoff

Beliau berkata, masjid itu perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses sertu dijalankan bawah pemantauan Jabatan Mufti Selangor.

"Setakat ini, separuh daripada bahagian masjid terkesan serta perlu dibersihkan dan disertu terlebih dahulu sebelum boleh digunakan semula.

"Hanya bahagian dinding serta lantai dibersihkan dan disertu, manakala karpet masjid pula dilupuskan," katanya ketika ditemui, hari ini.

SERAMAI 50 ahli kariah masjid bergotong royong membersihkan ruang masjid. - Foto Saddam Yusoff
SERAMAI 50 ahli kariah masjid bergotong royong membersihkan ruang masjid. - Foto Saddam Yusoff

Hussin berkata, karpet itu akan diganti dengan yang baharu melalui sumbangan jemaah masjid.

"Kos menggantikan karpet bernilai RM34,000. Karpet berkenaan akan digantikan selewat-lewatnya petang ini.

"Saya bersyukur tiada kecederaan serius dialami jemaah masjid ketika kejadian," katanya.

AHLI kariah masjid bergotong-royong mengangkat karpet untuk dilupuskan. - Foto Saddam Yusoff
AHLI kariah masjid bergotong-royong mengangkat karpet untuk dilupuskan. - Foto Saddam Yusoff

Ketika ini, beliau berkata, urusan solat jemaah dijalankan seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

"Kita menjangkakan bahagian yang terjejas boleh digunakan semula pagi esok," katanya.

KARPET ditanggalkan untuk dilupuskan selepas kejadian seekor babi hutan memasuki masjid. - Foto Saddam Yusoff
KARPET ditanggalkan untuk dilupuskan selepas kejadian seekor babi hutan memasuki masjid. - Foto Saddam Yusoff

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, seorang jemaah cedera disondol seekor babi hutan yang menceroboh ke dalam Masjid Sungai Plong.

Babi hutan itu dikatakan tiba-tiba muncul di pekarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak berada di kawasan terbabit.

PENDUDUK bersama Anggota Bomba dan Penyelamat bergotong-royong menyamak dan membersih dewan solat Masjid Jamek Sungai Plong. - Foto Saddam Yusoff
PENDUDUK bersama Anggota Bomba dan Penyelamat bergotong-royong menyamak dan membersih dewan solat Masjid Jamek Sungai Plong. - Foto Saddam Yusoff

Bagaimanapun, haiwan itu kemudian lari masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit, namun ia ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah.

JEMAAH Masjid Sungai Plong menghalau babi hutan yang mencerobohi masjid itu ketika mereka menunggu untuk menunaikan solat Isyak malam tadi. - Foto ihsan pembaca
JEMAAH Masjid Sungai Plong menghalau babi hutan yang mencerobohi masjid itu ketika mereka menunggu untuk menunaikan solat Isyak malam tadi. - Foto ihsan pembaca
Berita Harian X