Isnin, 19 March 2018 | 11:50pm
JENAZAH seorang daripada dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut sementara empat lagi parah setelah kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan seterusnya merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Lebuh Raya Canglun- Kuala Perlis berhampiran Arau di bawa anggota polis untuk bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. - FotoAzhar Ramli

KEADAAN sebuah kereta Proton Gen2 yang hlang kawalan lalu merempuh sebatang pokok mengakibatkan dua maut dan empat parah dalam kejadian di Lebuh Raya Changlun- Kuala Perlis berhampiran Arau. - FotoAzhar Ramli

Kanak-kanak, wanita maut kemalangan

KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan empat tahun dan seorang wanita, maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Changlun - Kuala Perlis berdekatan susur keluar ke Pauh, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kereta jenis PROTON Gen 2 yang dinaiki dua mangsa bersama empat lagi individu itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Terdapat enam mangsa, lima daripadanya adalah perempuan, termasuk seorang kanan-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki.

"Dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi.

Empat mangsa lagi sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Sehingga kini, identiti semua mangsa masih belum diketahui.

Mangsa dipercayai bukan penduduk Perlis berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan dari Selangor dan dipercayai dalam perjalanan bercuti berdasarkan terdapat banyak beg dalam kereta itu.

Berita Harian X