Sabtu, 24 March 2018 | 1:18pm

Bayi 6 bulan maut dipercayai didera

MANJUNG: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas lebih empat jam dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM) di sini dipercayai akibat didera.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada pihak hospital.

"Bayi berkenaan dirujuk ke hospital oleh penjaganya pada jam 2 pagi tadi.

"Ketika tiba di hospital mangsa didapati berada dalam keadaan lemah.

"Doktor mengesyaki berkemungkinan berlaku penderaan kepada mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pasukan perubatan memberikan rawatan awal kepada bagi berkenaan, namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi.

"Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Berita Harian X