Ahad, 25 March 2018 | 7:15pm

Warga Nepal maut ditikam rakan sebilik

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Nepal maut ditikam rakan sebiliknya, dalam kejadian di rumah sewa mereka dekat Seksyen 8 di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.20 petang daripada seorang pekerja klinik swasta di Jalan Barat, di sini.

"Pekerja terbabit memaklumkan ada orang awam membawa mangsa yang ditikam ke klinik berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an tinggal sebilik dengan tiga individu lain termasuk suspek, di tingkat satu sebuah restoran di Seksyen 8, di sini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zani berkata, ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek berada di dalam bilik berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada dua kesan tikaman di dada mangsa yang menyebabkan kematiannya.

"Kami sedang memburu suspek yang juga rakan sekerja mangsa di sebuah pasaraya dekat Sekyen 8," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

22 dibaca
Berita Harian X