Isnin, 9 April 2018 | 12:56pm
KOSMAN Sukarno (belakang, dua kiri), Abd Rani Mamat (belakang, dua kanan), Esham Ibrahim (kiri) dan Yunus Ab Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar secara berasingan, bulan lalu. - Foto Zaman Huri Isa
KOSMAN Sukarno (belakang, dua kiri), Abd Rani Mamat (belakang, dua kanan), Esham Ibrahim (kiri) dan Yunus Ab Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar secara berasingan, bulan lalu. - Foto Zaman Huri Isa

4 lelaki didakwa angkut migran

KOTA BHARU: Empat lelaki, termasuk tiga pemandu teksi, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar secara berasingan, bulan lalu.

Pemandu teksi terbabit, Abd Rani Mamat, 55, Esham Ibrahim, 48, dan Yunus Ab Rahman, 57, bersama seorang buruh, Kosman Sukarno, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa mengangkut 16 migran warga Myanmar menggunakan kenderaaan masing-masing membabitkan tiga teksi dan sebuah Proton Wira.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat dan di kawasan Terminal Bas Lembah Sireh di sini, pada jam 3.40 pagi 9 Mac lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.

Terdahulu, Hajarul Falena tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Berita Harian X