Isnin, 21 Mei 2018 | 7:13pm
KEADAAN Zuraidah pada Khamis lalu, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Foto Muhammad Apendy Issahak
KEADAAN Zuraidah pada Khamis lalu, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Foto Muhammad Apendy Issahak
SUSPEK kes bunuh tiga beradik (dua dari kanan) diiringi anggota Polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei. - Foto BERNAMA
SUSPEK kes bunuh tiga beradik (dua dari kanan) diiringi anggota Polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei. - Foto BERNAMA

Mangsa kes amuk stabil

IPOH: Ibu tiga kanak-kanak yang maut dikelar dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Muhamad, Selekoh, Bagan Datuk, Khamis lalu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Zuraidah Md Ali, 35 putus ibu jari kanan dan pergelangan tangan kiri hampir putus akibat diserang lelaki berusia 37 tahun yang bersenjatakan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ibu mangsa dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) selepas kejadian itu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama bagi menjalani pembedahan.

Katanya, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas pembedahan menyambung pergelangan tangan kiri yang hampir putus selesai dijalankan.

"Polis melawat mangsa di hospital bagi bertanyakan keadaannya dan belum mengambil keterangan mangsa.

"Kita mengutamakan rawatan mangsa terlebih dulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tragedi pada 1 Ramadan itu mengorbankan tiga beradik, Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2; Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5.

SUSPEK kes bunuh tiga beradik (dua dari kanan) diiringi anggota Polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei. - Foto BERNAMA
SUSPEK kes bunuh tiga beradik (dua dari kanan) diiringi anggota Polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei. - Foto BERNAMA

Dalam kejadian itu, selain Zuraidah, turut cedera, anak sulungnya Nur Zuryn Faziera, 9 yang cedera di kepala dan tangan kanan akibat ditetak.

Rakan sekolah Nur Zuryn Faziera dikenali sebagai Aina, 9, dan seorang guru agama Redhuan Embi, 32, turut dicederakan suspek.

Yahya berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan selain ujian air kencing turut mendapati positif syabu dan ganja.

Berita Harian X