Rabu, 23 Mei 2018 | 9:32pm
SUSPEK samun yang berusia 37 berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Damansara selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Glomac Sentro, Petaling Jaya, semalam. - Foto Ihsan Polis
SUSPEK samun yang berusia 37 berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Damansara selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Glomac Sentro, Petaling Jaya, semalam. - Foto Ihsan Polis
ORANG awam membantu seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam di Glomac Sentro, Petaling Jaya, yang cedera dalam kejadian samun, semalam. - Foto Ihsan Polis
ORANG awam membantu seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam di Glomac Sentro, Petaling Jaya, yang cedera dalam kejadian samun, semalam. - Foto Ihsan Polis

Tak lama jadi penyamun

PETALING JAYA: Polis menahan seorang suspek kurang 15 jam selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Glomac Sentro, Jalan PJU 6 Kayu Ara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.44 tengah malam itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang turut mencederakan seorang pekerja lelaki di situ yang dipercayai dilibas parang pada tangan ketika cuba menghalang suspek.

Susulan aduan, polis mengesan kedudukan suspek sebelum ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Dahlia di sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Serbuan dan tangkapan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis turut merampas sebilah parang berukuran 42 sentimeter dan motosikal serta topi keledar digunakan suspek.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

"Suspek direman empat hari sehingga Sabtu untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun dan mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau dengan sebatan.

Berita Harian X