Rabu, 20 Jun 2018 | 6:58pm
Isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

SPSB saman akhbar isu pemindahan hak milik tanah FELDA

KUALA LUMPUR: Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) hari ini mengemukakan saman fitnah terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berhubung laporan dalam akhbar BH mengenai syarikat pemaju itu dan pembabitannya sebagai pemaju utama Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.

SPSB dalam kenyataan media, berkata pihaknya menamakan NSTP selaku penerbit akhbar BH dan wartawan Che Wan Badrul Alias sebagai defendan pertama dan kedua.

Writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan melalui firma guaman Tetuan Reza Rahim & Rajivan.

SPSB berkata, laporan dan artikel dalam akhbar itu secara bercetak dan melalui dalam talian tidak mematuhi kewartawanan adil dan beretika.

Katanya ia antaranya membuat dakwaan terhadap syarikat bahawa ia secara salah memindahkan aset milik FELDA, menyebabkannya berpotensi mengalami kerugian.

Syarikat itu berkata, ia sebelum ini sudah menyerahkan notis bertarikh 1 Jun lalu kepada kedua-dua defendan (NSTP dan wartawan) menuntut permohonan maaf dan ganti rugi, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

"SPSB memohon injunksi bagi kedua-dua pihak untuk tidak mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan fitnah, menuntut ganti rugi RM250 juta daripada mereka dan permohonan maaf mengikut terma yang ditetapkan syarikat," kata kenyataan itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X