Ahad, 1 Julai 2018 | 6:40pm
ANGGOTA polis memeriksa jenazah Mohd Firdaus Mohammad, 34, (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 121, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kemasik. hari ini. - Foto Rosli Ilham
ANGGOTA polis memeriksa jenazah Mohd Firdaus Mohammad, 34, (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 121, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kemasik. hari ini. - Foto Rosli Ilham

Maut tercampak dalam longkang

KEMAMAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum dia tercampak ke dalam longkang di Kilometer 121 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Mohd Firdaus Mohammad, 34, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, nahas berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kemaman untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata mangsa yang menunggang Honda EX5 dipercayai terbabas ke kiri jalan.

"Mangsa tercampak ke dalam longkang besar yang menyebabkan kepalanya terhantuk pada simen longkang terbabit. Mangsa meninggal serta-merta di tempat kejadian akibat parah di kepala dan ketika kejadian, keadaan trafik tidak terlalu sibuk," katanya.

Mohd Said berkata, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman.

"Jenazah diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X