Selasa, 24 Julai 2018 | 12:57pm
Zainal Abidin Deraman (kanan) ketika menguruskan pengebumian anaknya, Yusuf Al Baihaqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat, Bachok, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa

Zainal Abidin Deraman menyiram air mawar ke pusara anaknya, Yusuf Al Baihaqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat, Bachok, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa
Zainal Abidin Deraman menyiram air mawar ke pusara anaknya, Yusuf Al Baihaqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat, Bachok, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa

Tak salahkan TASKA - Zainal Abidin

BACHOK: "Saya tidak salahkan mereka (pengasuh)," kata Zainal Abidin Deraman, 34, bapa kepada bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Bukit Baru, Melaka, semalam.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari guru TASKA terbabit jam 11.45 pagi selepas mendapati muka Yusuf Al Baihaqi bertukar kebiruan.

Pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka mengesahkan anak bongsu daripada dua beradik itu sudah meninggal dunia.

Zainal berkata, dia dan isterinya Roslina Ismail, 34, dimaklumkan doktor punca kematian anaknya berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

Bagaimanapun, katanya mereka masih lagi menunggu laporan makmal untuk mengesahkan perkara itu.

"Selepas bedah siasat selesai jam 1 pagi, doktor maklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kesan dera.

"Maklumat awal kematian kemungkinan berpunca daripada jangkitan kuman di paru-paru dan kami masih menunggu laporan penuh.

"Saya pun belum berfikir sebarang tindakan lanjut dan saya tidak salahkan pengasuh," katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat di sini, hari ini.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi urusan pengebumian jenazah yang bermula kira-kira jam 9 pagi. Turut kelihatan kira-kira 20 ahli keluarga dan saudara mara.

Menurutnya, dua anaknya termasuk anak perempuan Amni Batrisyah berusia lapan tahun turut ditempatkan di TASKA terbabit sejak enam hari lalu selepas tamat sesi persekolahan.

"Saya reda cuma rasa macam ralat jugalah dengan kejadian ini sebab sudah lama menunggu untuk memperoleh anak kedua," katanya.

Akhbar NSTP hari ini melaporkan bayi itu dikatakan diberi minum susu dibekalkan ibunya jam 8.50 pagi dan pihak TASKA mendakwa bayi berkenaan disendawakan sebelum tidur.

Bagaimanapun, pengasuh dikatakan memeriksa bayi itu jam 11.45 pagi, namun mangsa tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Melaka, jam 12.30 tengah hari.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X