Ahad, 30 September 2018 | 3:41pm
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kepala treler di sebuah bengkel di Lutong. - Ihsan Bomba

'Kepala treler' musnah terbakar

MIRI: Sebuah ‘kepala treler’ yang dalam proses baik pulih, musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Lutong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.50 malam itu, `kepala treler’ itu musnah seratus peratus selepas diletakkan di bengkel itu sejak seminggu lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 11.06 malam.

“Setiba di lokasi, kami dapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan `kepala treler’ berkenaan. Bagaimanapun, tiada mangsa terbabit dalam kebakaran.

“Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke bahagian lain dan dipadam sepenuhnya pada jam 11.55 malam,” katanya sambil menambah, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Berita Harian X