Sabtu, 6 Oktober 2018 | 2:06pm

Lelaki maut ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditemui maut selepas ditikam di kediamannya di Taman Sri Murni, Selayang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, berkata mangsa berusia 48 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat selepas ditemui ditikam kira-kira jam 5 pagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Maklumat lain termasuk punca dan suspek terbabit kes itu akan diberitahu kemudian,” katanya pada NSTP, hari ini.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali, berkata mangsa mempunyai empat adik-beradik termasuk seorang yang mempunyai masalah mental.

“Setahu saya, ibu mereka meninggal dunia awal tahun ini. Mereka banyak buat hal sendiri, saya tidak pernah dengar mereka bergaduh dengan jiran lain,” katanya.

Berita Harian X