Jumaat, 19 Oktober 2018 | 3:09pm
Lokasi kejadian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala dua kakak dan abang parah selepas dikelar ibu mereka di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam. - Foto ihsan Pembaca

Ibu kelar 4 anak direman 7 hari

KOTA BELUD: Ibu yang mengelar empat anaknya sehingga seorang daripada mereka maut semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata permohonan reman dilakukan di wad Hospital Queen Elizabeth (HQE), tempat suspek berusia 30 tahun itu menerima rawatan.

Beliau berkata suspek masih belum sedarkan diri akibat kecederaan kerana mengelar lehernya sendiri dan siasatan lanjut mendapati dia berkelakuan pelik sejak dua minggu lalu dan sering berhalusinasi seperti bercakap seorang diri.

“Suspek juga ada mengadu pada suaminya bahawa dia sering mendengar suara-suara bisikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah di bilik pekerja sebuah resort di Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam, anak suspek berusia lapan bulan, Jerry Yohanes maut akibat parah dengan kesan kelar di leher.

Abangnya, Jihan, 2, dan kakaknya, Melati, 5, kritikal, manakala seorang lagi kakaknya Nurul Hanisah, 7, parah dan masing-masing luka di leher akibat dikelar dengan semuanya dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Suspek yang turut parah selepas mengelar lehernya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

112 dibaca
Berita Harian X