Isnin, 22 Oktober 2018 | 6:28pm

Tanah runtuh Bukit Kukus: Mayat kesembilan ditemui

GEORGETOWN: Mayat kesembilan dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, ditemui pihak berkuasa, sebentar tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah, berkata ia ditemui di Sektor 3, kira-kira jam 5 petang.

“Mayat mangsa dikenal pasti sebagai lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Mohamad Uzzal, 33, dengan keadaan mayat masih sempurna.

“Mayatnya tertimbus hampir lima meter dalam sisa runtuhan dan kontena yang hancur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehingga kini, seramai tujuh mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan seorang lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, kira-kira jam 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

223 dibaca
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa kesembilan yang tertimbus dalam runtuhan di Bukit Kukus di Paya Terubong. - NSTP/Ramdzan Masiam
MAYAT mangsa kesembilan ditemui di Sektor 3, kira-kira jam 5 petang. - NSTP/Ramdzan Masiam
MAYAT mangsa kesembilan ini dikenal pasti sebagai lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Mohamad Uzzal. - NSTP/Ramdzan Masiam
Berita Harian X