Rabu, 14 November 2018 | 11:47am
SEBUAH lori membawa muatan bahan makanan tersalah lorong lalu melanggar palang di Plaza Tol Senawang. - Ihsan pembaca

Salah lorong dah...

SEREMBAN: Sebuah lori membawa muatan bahan makanan tersalah lorong lalu melanggar palang di Plaza Tol Senawang di sini, malam tadi.

Jurucakap Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian jam 7.04 malam itu.

“Lori berkenaan yang dalam perjalanan untuk keluar dari PLUS melalui plaza tol ini tersalah masuk ke lorong yang dikhaskan untuk kenderaan kelas 1 atau ringan.

“Pemandu dipercayai tidak sempat memberhentikan lori itu lalu melanggar palang yang rendah,” katanya.

Katanya, lorong berkenaan ditutup untuk sementara waktu bagi membolehkan kerja baik pulih dilakukan, bagaimanapun penutupan itu tidak menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan.

Berita Harian X