Ahad, 25 November 2018 | 3:17pm

Remaja perempuan maut kepala tersangkut besi buaian

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas kepalanya tersangkut pada besi buaian di Taman Metropolitan Kepong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang, semalam.

“Mangsa dikatakan sedang bermain buaian di lokasi kejadian sebelum kepalanya tiba-tiba tersangkut pada besi berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan pendarahan pada hidung dan telinga mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan daripada besi itu dengan bantuan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas di hospital berkenaan pada jam 7.30 malam tadi.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan dan bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

4926 dibaca
LOKASI kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas kepalanya tersangkut pada besi buaian di Taman Metropolitan Kepong, semalam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Berita Harian X