Selasa, 27 November 2018 | 9:00pm
MUSTAFA Bakri Salleh - Foto HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
MUSTAFA Bakri Salleh - Foto HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Kotak 'Note II' bongkar rahsia dadah tiga pemuda

PONTIAN: Tiga lelaki berusia antara 24 hingga 31 tahun bakal berdepan hukuman gantung sampai mati berikutan penemuan dadah dalam serbuan polis di Kampung Permas Kelapa, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, berkata serbuan di sebuah rumah pada jam 2.30 pagi itu menemukan tiga paket lutsinar mengandungi 273.56 gram dadah dipercayai heroin.

Katanya, ketika serbuan, terdapat tiga lelaki di dalam bilik sebelum polis menemui satu bekas kotak berwarna putih bertulis ‘Note 11’ di atas lantai berhadapan ketiga-tiga suspek.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kotak itu menemui tiga paket plastik lutsinar mengandungi ketulan berwarna putih disyaki heroin,” katanya.

Beliau berkata, hasil saringan awal mendapati semua suspek positif morfin dan suspek ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah heroin.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Berita Harian X