Jumaat, 21 Disember 2018 | 7:21pm
PALANG besi pada bumbung lorong 'Touch n Go dan Smart Tag di Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie, Rawang, yang diterbangkan ribut, hari ini.
PALANG besi pada bumbung lorong 'Touch n Go dan Smart Tag di Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie, Rawang, yang diterbangkan ribut, hari ini.

Palang besi bumbung Plaza Tol Rawang Selatan diterbangkan ribut

RAWANG: Beberapa palang besi pada bumbung di Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie, di sini, diterbangkan ribut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, beberapa palang besi pada bumbung plaza tol terbabit diterbangkan ribut yang berlaku ketika hujan lebat.

Menurut saksi kejadian, Mohd Salleh Md Noor, 46, kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini pada jam 4.30 petang tadi.

Katanya, palang besi pada bumbung plaza tol berkenaan yang terbang ditiup ribut membabitkan lorong ‘Touch n Go dan Smart Tag.

PALANG besi pada bumbung lorong 'Touch n Go dan Smart Tag di Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie, Rawang, yang diterbangkan ribut, hari ini.
PALANG besi pada bumbung lorong 'Touch n Go dan Smart Tag di Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie, Rawang, yang diterbangkan ribut, hari ini.

“Saya sempat melihat beberapa palang besi berselerak di lorong terbabit. Mujur tiada kenderaan yang dihempap palang dan rangka besi itu ketika kejadian.

“Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan teruk dianggarkan beberapa kilometer dari arah Sungai Buloh hingga ke plaza tol berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Difahamkan angin kuat serta hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 4 petang tadi mengakibatkan palang besi pada bumbung plaza tol itu diterbangkan ribut.

Malah, kesesakan lalu lintas dilaporkan di laluan berkenaan ekoran beberapa lorong ditutup bagi tujuan pembersihan.

Berita Harian X