Selasa, 22 Januari 2019 | 3:13pm
Dua beradik perempuan, Siti Nur Insyirah, 9 dan Nur Fatihah Najwa Seman, 12 yang hilang sejak tiga hari lalu, dipercayai pergi mencari bapanya seorang warga Thailand, Seman Omar, 37, yang tinggal di Tanjung Mas, Sungai Golok, Thailand sehingga hari ini masih tidak sampai ke rumah bapanya itu. - Foto ihsan Keluarga

Polis ambil keterangan ibu kanak-kanak hilang

KOTA BHARU: Polis sudah mengambil keterangan ibu kepada dua beradik berusia sembilan dan 12 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan, berkata hasil siasatan terhadap wanita berusia 33 tahun semalam, dia memaklumkan yang dua anaknya, Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan Siti Nur Insyirah, 9, tiada dengan suaminya.

Katanya, wanita itu menghubungi suaminya yang tinggal di Golok, Thailand, dan diberitahu dua anaknya tiada di sana.

“Namun, pihak kita menjalankan siasatan lanjut untuk tindakan susulan.

“Ia bagi memastikan kanak-kanak itu ditemui atau selamat pulang ke rumah mereka,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan membawa wang bernilai RM35 yang diambil daripada tabung mereka.

Katanya, situasi itu terjadi berkemungkinan ibu dan ayah mereka menghadapi masalah rumah tangga sehingga anak mengambil tindakan sendiri.

Media semalam melaporkan, dua beradik perempuan berusia sembilan dan 12 tahun hilang dari rumah mereka di Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, di sini, selepas keluar rumah untuk mencari ayah mereka yang berada di Golok, Thailand.

Nur Fatihah Najwa dan Siti Nur Insyirah hilang selepas keluar dari rumah mereka pada jam 4 petang kelmarin.

Berita Harian X