Ahad, 27 Januari 2019 | 1:38pm
Mayat ditemui di dalam sebuah kereta di tepi jalan Pusat Rekreasi Jeram Toi, Jelebu. - NSTP/Abnor Hamizam

Mayat dalam kereta

JELEBU: Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan berdekatan Pusat Rekreasi Jeram Toi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata mayat lelaki tempatan itu ditemui anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu pada jam 10.30 pagi.

Katanya, polis kemudian menghubungi pihak unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bagi menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 27 tahun itu berasal dari Titi dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya.

Berita Harian X