Sabtu, 2 Februari 2019 | 1:27pm

Kanak-kanak tiga tahun patah jari jatuh tingkat 3

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terselamat selepas terjatuh dari beranda dapur tingkat satu kediamannya di kuarters perumahan polis, Seksyen 20, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Amar Safwan Shahro Azwan, patah dua jari kanannya selepas dikejarkan ke Hospital Shah Alam (HSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bapa mangsa, Koperal Shahro Azwan Husin turun dari kediamannya untuk membuang sampah.

“Kanak-kanak itu ditempatkan di zon kuning HSA dan dua jari kanannya disimen kerana patah.

“Koperal Shahro Azwan yang juga anggota mekanik di cawangan kenderaan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor masih berada di hospital sementara menunggu lain-lain keputusan doktor,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Berita Harian X