Sabtu, 9 Februari 2019 | 11:55am
KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah lori traler membawa muatan asid neutrik terbabas di Kilometer 270 Lebuhraya arah utara pada awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

Treler bawa muatan asid nitrik terbalik ketika ditunda

SEREMBAN: Sebuah treler membawa muatan asid nitrik yang sedang ditunda, terbalik di Kilometer 270.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris, berkata kejadian kira-kira jam 5.09 pagi itu menyebabkan dua tong cecair bahan kimia dibawa treler berkenaan pecah dan tumpah di lokasi terbabit.

“Treler itu mengalami kerosakan dan ketika kejadian, ia sedang ditunda sebuah lori penunda. Tali penarik yang dipasang bagi menunda treler itu terlucut menyebabkan treler berkenaan terbalik.

“Sebanyak 35 tong berisi asid nitrik terjatuh dan dua daripadanya pecah serta tumpah di jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah lori traler membawa muatan asid neutrik terbabas di Kilometer 270 Lebuhraya arah utara pada awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah lori traler membawa muatan asid neutrik terbabas di Kilometer 270 Lebuhraya arah utara pada awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.09 pagi.

Beliau berkata, seramai 12 pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), dihantar ke lokasi itu.

“Anggota HAZMAT mengambil masa kira-kira dua jam bagi menjalankan kerja pembersihan tumpahan bahan kimia berkenaan.

“Kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa. Kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Berita Harian X