Jumaat, 15 Februari 2019 | 3:37pm
Mayat wanita berusia 47 tahun maut selepas terjun dari tingkat 12 di sebuah bangunan hotel di Taipan, Inanam. - Foto ihsan Polis
Mayat wanita berusia 47 tahun maut selepas terjun dari tingkat 12 di sebuah bangunan hotel di Taipan, Inanam. - Foto ihsan Polis

Wanita maut jatuh hotel

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Taipan, Inanam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun dan dikatakan mengalami masalah gangguan mental sebelum itu ke hotel berkenaan untuk bertemu rakan di restoran di tingkat 12.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian didakwa ke bahagian balkoni hotel sebelum dipercayai terjatuh dari bangunan berkenaan.

Kejadian itu sempat disaksikan beberapa pekerja hotel, namun mereka gagal berbuat apa-apa kerana insiden berlaku dengan pantas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji. - Foto Edmund Samunting
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji. - Foto Edmund Samunting

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pihaknya menerima laporan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.32 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, mangsa didapati tidak sedarkan diri di kawasan parkir di tingkat bawah bangunan berkenaan.

“Maklumat awal, mangsa adalah seorang rakyat tempatan beralamat di Luyang. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada jam 10.57 pagi.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebeth untuk proses bedah siasat dan keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Seorang wanita berusia 47 tahun maut selepas terjun dari tingkat 12 di sebuah bangunan hotel di Taipan, Inanam. - Foto ihsan Polis
Seorang wanita berusia 47 tahun maut selepas terjun dari tingkat 12 di sebuah bangunan hotel di Taipan, Inanam. - Foto ihsan Polis

Berita Harian X