Isnin, 18 Februari 2019 | 7:25pm
APM Kota Tinggi menangkap ular tedung selar seberat 10 kilogram yang agresif di perpustakaan desa di Kampung Semangar Dalam, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Apm Kota Tinggi
APM Kota Tinggi menangkap ular tedung selar seberat 10 kilogram yang agresif di perpustakaan desa di Kampung Semangar Dalam, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Apm Kota Tinggi

Tedung selar masuk perpustakaan

KOTA TINGGI: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter yang masuk ke Perpustakaan Desa Kampung Semangar Dalam di sini, semalam.

Pegawai APM Kota Tinggi, Mohd Sarul Nizam Khirudin, berkata ular seberat 10 kilogram itu dikesan masuk melalui siling dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

“Petugas perpustakaan ternampak ular berkenaan masuk sebelum menghubungi APM. Kita menemui ular berkenaan di bawah rak buku di bahagian belakang perpustakaan berkenaan.

“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu yang agak agresif. Ketika kejadian, tiada orang lain di perpustakaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, operasi membabitkan empat anggota menggunakan peralatan khas termasuk jerut ular itu tamat pada jam 6.45 petang.

Berita Harian X