Selasa, 19 Februari 2019 | 10:16pm
NAIB Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Bharu, malam ini. - Foto ihsan pembaca

Husam hadir di pejabat SPRM

KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, malam ini.

Husam tiba kira-kira jam 9.25 malam dengan menaiki Toyota Innova sambil diiringi dua pegawainya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, sempat melambai kepada pemberita ketika memasuki bangunan SPRM.

Difahamkan, Husam dipanggil untuk diambil keterangan berhubung dakwaan penerimaan dana UMNO oleh beberapa pemimpin PAS yang kini dalam siasatan SPRM.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, hadir di pejabat SPRM Kelantan pada 8 Februari lalu untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes PAS didakwa menerima wang RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok ialah antara empat individu dianggap saksi penting dalam siasatan kes beberapa pemimpin PAS didakwa menerima RM90 juta dikatakan daripada 1MDB.

Berita Harian X