Sabtu, 23 Februari 2019 | 10:32am

Lori minyak terbakar, laluan Slim River-Sungkai ditutup - PLUS

IPOH: Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan kebakaran sebuah lori tangki minyak di KM372 Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini.

​​​​​Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utara dinasihat menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama di sini, berkata kemalangan berlaku pada jam 8.50 pagi kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, membabitkan dua buah lori.

Sebuah lori terbabit turut melintangi lebuh raya dua lorong itu, katanya. - BERNAMA


ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah lori di KM372 Lebuhraya Utara-Selatan, pagi ini. - Foto ihsan bomba

3019 dibaca
KEADAAN lori yang terbakar di KM372 Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini. - Foto ihsan bomba
Berita Harian X