Selasa, 12 March 2019 | 3:28pm
Mohamad Fuzi memakaikan pingat Jasa Pahlawan kepada Timbalan Ketua Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik pada majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Jawi. - NSTP/Danial Saad
Mohamad Fuzi memakaikan pingat Jasa Pahlawan kepada Timbalan Ketua Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik pada majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Jawi. - NSTP/Danial Saad

Polis siasat dakwaan suspek juvana kes bunuh CEO Cradle Fund dicabul

NIBONG TEBAL: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah seorang tertuduh juvana dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang didakwa dicabul ketika dalam tahanan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menambah perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

“Sekiranya ada dakwaan sedemikian kita jalankan siasatan. Kes itu berlaku di pusat tahanan di Kuala Lumpur, jadi saya akan mengarahkan pegawai Polis Kuala Lumpur untuk memberi perhatian kepada dakwaan itu, ” katanya kepada pemberita selepas majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang memaklumkan anak guamnya dalam kes bunuh CEO Cradle Fund itu telah diserang secara fizikal dan seksual ketika ditempatkan di Asrama Sentosa, Sentul, Kuala Lumpur.

Hisyam mengemukakan aduan itu sewaktu prosiding kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, di mana anak guamnya bersama-sama balu Nazrin, Samirah Muzaffar dan seorang lagi tertuduh juvana berumur 13 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X