Ahad, 17 March 2019 | 1:35pm
KEAADAN kebakaran membabitkan hutan seluas 4.9 hektar di Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KEAADAN kebakaran membabitkan hutan seluas 4.9 hektar di Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Hutan 4.9 hektar terbakar

REMBAU: Kawasan hutan seluas 4.9 hektar di Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, di sini, terbakar dipercayai akibat cuaca panas, semalam.

Seramai 17 pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Tampin serta Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 7.03 malam.

Komander Operasi, Mohd Siraj Abdullah, berkata sebaik sahaja tiba bersama tiga jentera, pihaknya mendapati api sedang marak membakar kawasan hutan terbabit.

“Tindakan awal diambil ialah mengawal api daripada merebak ke kawasan penempatan penduduk.

“Walaupun api merebak dengan cepat, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan meskipun beberapa letupan berlaku ketika proses pemadaman api.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada cuaca panas.

Berita Harian X