Khamis, 18 April 2019 | 10:27pm
Lokasi seorang remaja, Mohamad Amirasyras Azman, 17, yang maut ditimpa runtuhan tanah ketika mendulang emas dengan bapanya di Ladang Biak, Dabong, Kuala Krai petang tadi. - Foto ihsan PDRM

Remaja maut tertimbus ketika mendulang emas

KUALA KRAI: Seorang remaja lelaki maut selepas tertimbus ketika mendulang emas di Ladang Fokus Bonanza, Dabong, Kuala Krai, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, mangsa Mohamad Amiraasyraf Azman, 17, tertimbus ketika mendulang emas bersama bapanya.

Mayat mangsa ditemui jam 6.40 petang sebelum dihantar ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata mangsa mendulang bersama ayahnya sejak jam 11 pagi sebelum berlaku tanah runtuh menyebabkan remaja berkenaan tertimbus.

“Bapa mangsa bergegas meminta bantuan rakan sebelum mayat mangsa ditemui jam 6.40 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Dabong.

“Pemeriksaan fizikal di Klinik Kesihatan Dabong mendapati mangsa tidak cedera dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Krai (HKK) bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Berita Harian X