Khamis, 25 April 2019 | 8:25am
Status kemalangan di KM434.8 Selatan (Bukit Beruntung-Rawang) semua lorong masih ditutup sementara waktu bagi kerja2 pembersihan kawasan kemalangan. Trafik dilencongkan keluar di persimpangan Sg Buaya. - Foto Twitter LLM

Treler terbalik, semua laluan lebuh raya terhalang

KUALA LUMPUR: Sebuah lori treler dilaporkan terbalik di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara Selatan arah ke selatan ke Bukit Beruntung-Rawang sehingga semua laluan di situ terhalang, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.50 pagi itu, treler yang membawa muatan batang besi itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik, bagaimanapun pemandu dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Susulan itu, aliran lalu lintas dilencongkan sementara ke susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya sebagai laluan alternatif untuk semua jenis kenderaan.

Setakat jam 8 pagi ini, kesemua lorong di lokasi terbabit masih ditutup untuk kerja-kerja pengalihan dan pembersihan.

Kesesakan dilaporkan berlaku hampir satu kilometer di laluan berkenaan.

Berita Harian X