Isnin, 20 Mei 2019 | 11:36pm

Pelajar Tingkatan Satu putus lima jari

JERTIH: Seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini putus lima jari tangan kanan akibat terkena mercun, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata Syafiq Haikal Shaharrudin, 13, cedera parah di pergelangan tangan sebelah kanan dan putus kesemua jari selepas bermain mercun pada jam 5.30 petang, di luar rumahnya di Kampung Kubang Ikan, Kampung Raja di sini.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut, ” katanya.

Zamri berkata, kes ini adalah kes mercun pertama di Besut pada tahun ini.

Sementara itu ibu mangsa, Zainab Mohd, 40, berkata sewaktu kejadian dia terdengar bunyi letupan dan jeritan dari luar rumah.

“Kemudian seorang sepupu memberitahu Syafiq terkena mercun dan saya segera keluar rumah untuk melihat keadaannya.

“Saya dapati jari Syafiq di tangan sebelah kanan putus dan segera membawanya ke Hospital Besut untuk dapatkan rawatan kecemasan, ” katanya.

SEORANG pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini putus lima jari tangan kanan akibat terkena mercun, petang tadi.
Berita Harian X