Selasa, 11 Jun 2019 | 4:00pm
ANGGOTA polis menahan beberapa individu daripada 11 warga tempatan membabitkan kesalahan memiliki, mengedar dan menagih dadah dalam operasi di tiga lokasi berasingan sekitar Tuaran. NSTP/Ihsan PDRM.
ANGGOTA polis menahan beberapa individu daripada 11 warga tempatan membabitkan kesalahan memiliki, mengedar dan menagih dadah dalam operasi di tiga lokasi berasingan sekitar Tuaran. NSTP/Ihsan PDRM.

11 tokan dadah, kaki lalok kena cekup

TUARAN: Seramai 11 warga tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pemilikan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam operasi khas, Ops Tapis, dilaksanakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran sejak seminggu lalu yang berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata dalam operasi itu,

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tuaran memberi penumpuan terhadap tiga lokasi panas di sekitar bandar ini yang dikenalpasti sebagai `sarang dadah’.

PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel.
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel.

Katanya, dalam tempoh seminggu operasi dijalankan, pihaknya berjata merampas pelbagai jenis dadah, khususnya Methamphetamine atau syabu seberat 6.42 gram yang dianggarkan bernilai RM963 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Bertindak atas aduan awam dan maklumat risikan, polis berjaya menahan seorang pengedar yang dipercayai aktif di kawasan perumahan Taman Telipok Ria, Taman Sri Rugading dan Kampung Bakut.

“Turut ditahan seorang individu kerana memiliki dadah. manakala sembilan lagi ditahan selepas hasil saringan awal ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

“Kesemua Semua suspek yang ditahan adalah warga tempatan dan berusia 25 tahun sehingga 45 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB.

Justeru, Mohd Hamizi berkata, polis memohon kerjasama orang awam untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dalam usaha menumpaskan sindiket pengedaran dadah terutamanya di daerah ini.=

Berita Harian X